Bersatu Bahagian Klang nafi dakwaan Pemuda, Srikandi mewakili parti

Bersatu Bahagian Klang nafi dakwaan Pemuda, Srikandi mewakili parti

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kelang hari ini, menolak dakwaan dibuat oleh Pemuda dan Srikandi ahli bahagian itu kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam.

Ketua Bahagian Bersatu Kelang Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, dakwaan Mohd Khairol Faizal Mohd Nordin dan Juliana Mansor yang mendakwa mereka adalah ahli Bersatu yang sah adalah tidak benar sama sekali.

“Mereka berdua tidak mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Klang atau sayap-sayapnya.

“Malahan didapati Mohd Kairol Faizal Mohd Nordin bukan ahli PPBM yang berdaftar sebagai ahli di bahagian Klang.

“PPBM Bahagian Klang ingin menafikan kenyataan Mohd Kairol Faizal Mohd Nordin dan Juliana Mansor terhadap PPBM yang gagal mematuhi perlembagaan parti,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Dr Rais Hussin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) menjelaskan, Mohd Khairol yang mengakui sebagai Ketua Pemuda bahagian parti itu telah  meletakkan jawatannya pada 10 November 2017 lalu dan Juliana yang mengaku sebagai Ketua Srikandi Bahagian Kelang sedang dalam pemantauan Lembaga Disiplin partidi atas beberapa isu membabitkannya yang kini masih lagi berlanjutan.

Semalam dilaporkan Bersatu Bahagian Kelang yang diketuai Mohd Faizal dan Juliana mengemukakan aduan kepada RoS berhubung perhimpunan agung tahunan parti itu pada 30 Disember tahun lalu yang didakwa melanggar ketetapan perlembagaan parti.

Mohd Kairol Faizal dan Juliana sependapat bahawa kepemimpinan tertinggi parti berkenaan perlu berhenti menyalahkan RoS kerana kegagalan mematuhi perlembagaan parti adalah berpunca daripada parti itu sendiri.

Loading...

Menurut Mohd Kairol Faizal, perhimpunan agung pertama Bersatu pada akhir tahun lalu bercanggah dengan perlembagaan parti kerana dibuat tanpa perwakilan peringkat bahagian serta cawangan yang dipilih melalui mesyuarat di kawasan masing-masing.

Dr Rais Hussin menjelaskan, parti itu tidak mengadakan persidangan cawangan kerana belum ada satu cawangan pun yang telah berdaftar dengan RoS termasuklah Bahagian Klang.

Katanya lagi, RoS tidak memberikan sebarang nasihat yang jelas, melainkan sepucuk surat bertarikh 19 Disember 2017 yang meminta Bersatu melaksanakan Perhimpunan Agung menurut perlembagaan parti.

Mesyuarat itu telahdihadiri Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ahli Majlis Tertinggi dan perwakilan dari 137 bahagian.

AGM parti itu telah diadakan selaras dengan keperluan Akta Pertubuhan 1966 dan juga perlembagaan parti, katanya.

Malah dakwaan Mohd Khairol Faizal yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak layak untuk menerajui parti itu kerana pemimpin veteran itu dilihat gagal mengurus parti selain tidak mengikut peraturan perlembagaan parti turut dibidas Dr Rais.

“PPBM bahagian Klang percaya  percaya gandingan Tun Dr Mahathir Mohamed dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diyakini dapat meyakinkan pengundi Melayu bahawaPakatan Harapan ialah gabungandominasi Melayu yang akan menerajui Malaysia tanahair tercinta daripada cengkaman kuasa kleptokrasi.

“Tidak sekali timbul isu siapa hebat atau siapa yang lebih hebat atau orang muda yang berkaliber untuk di letakkan sebagai calon Perdana Menteri yang akan menerajui Malaysia. Kesepakatan telah tercapai antara keempat-empat pimpinan utama parti gabungan Pakatan Harapan. Kesepakatan inilah akar umbi kepada kekuatan gabungan Pakatan Harapan Malaysia,” ujarnya.

Ia selari dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) pada 17 Disember lalu, melalui Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah yang mengumumkan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri ketujuh jika gabungan pembangkang itu menerima mandat rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.
(PRU 14).

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote