Malaysia Dateline

Bersatu cabar Umno keluar dari PN sekarang

Bersatu mencabar pemimpin Umno untuk menarik diri dari Perikatan Nasional (PN) jika itu yang mereka mahukan, susulan hasrat gabungan itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Memetik Utusan Malaysia, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Rosol Wahid mencabar Umno untuk berbuat demikian dan menghentikan ugutan ‘acah-acah’ mereka.

Minggu lalu, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 telah meluluskan usul bahawa tidak akan ada kerjasama antara parti itu dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Minggu lalu, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 telah meluluskan usul bahawa tidak akan ada kerjasama antara parti itu dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Bagaimanapun, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menyatakan tempoh bila pemimpin Umno akan diarahkan untuk menarik diri dari pentadbiran Muhyiddin.

Beliau berkata, keputusan itu mukatamad dan bukan hanya dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), tetapi ia lahir dari suara di peringkat akar umbi.

Susulan itu, Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa semua ahli parti yang memegang jawatan dalam kabinet PN supaya menarik diri serta-merta.

Ini termasuk mereka yang diberikan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tengku Razaleigh atau Ku Li berkata, tindakan itu selari dengan cadangan daripada Umno Bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan untuk memutuskan kerjasama dalam PN.