Bersatu dakwa RUU355 tragedi yang ada wasal dan waqaf

Bersatu dakwa RUU355 tragedi yang ada wasal dan waqaf

Ahli Majlis Tetinggi Bersatu, Zahid Mat Arip menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada tekanan BN untuk tidak membentang RUU355 sebagai satu tragedi, dalam dua wajah, wasal dan waqaf.

Ahli Majlis Tetinggi Bersatu, Zahid Mat Arip menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada tekanan BN untuk tidak membentang RUU355 sebagai satu tragedi, dalam dua wajah, wasal dan waqaf.

Wasal adalah bersambung dalam pengajian al Quran manakala waqaf adalah berhenti.

“Wakaf… Najib tidak boleh kuasai BN. Terpaksa tunduk kepada parti komponen lain.

“Najib juga berjaya alihkan beban Zahid yang berkokok siang malam, dia sendiri akan bawa usul ini ke Parlimen.

“Jelas sekali keputusan ini menunjukkan peranan Zahid umpama tukang cuci tahi Najib,” kata bekas exco pemuda Umno itu.

Dalam satu segi pula, katanya, yang wasalnya adalah Najib berjaya permain-mainkan Pas dan Pas tunduk tidak boleh berbuat apa-apa.

“Najib berjaya permain-mainkan Pas manakala Pas pula tunduk, takut dan bisu, tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya.

Bagi beliau, RUU355 ini perjuangan Pas yang maha besar.

“Sehingga tertutup mulut mereka dari bercakap isu IMDB, SRC dan RM2.6 bilion. Begitu juga soal kependudukan dan kebanjiran pendatang dari tanah besar China yang bakal menghuni negara kini.

“Ini ini pun Pas tidak pernah sentuh dan nak usik,” kata beliau.

Lebih malang lagi, katanya, presiden Pas sanggup berlakun depan rakyat dan penyokong kononnya sanggup bertanding lawan BN.

“Tetapi dalam masa sama mereka berpakat dengan Umno dan BN jadikan pertandingan tiga penjuru untuk pastikan undi pembangkang berpecah dan BN menang,” katanya.

Zahid melahirkan rasa simpati kepada penyokong Pas di bawah dengan mainan pemimpin mereka.

“Himpunan RUU35, menteri dan Umno pun hadir. Dengan keputusan Dewan Tertinggi BN ini, saya cadang Hadi buat himpunan lagi tetapi pakai baju hitam tanda sedih,” kata Zahid sinis.

Menjelang muktamar ini, Zahid menyeru ahli-ahli Pas memerhatikan lapan pemimpin mereka.

“Saya seru perwakilan Pas supaya perhatikan Abdul Hadi, Hashim Jasin, Takiyudin Hassan, Nik Amar, Nik Abduh, Nasrudin Tantawi, Idris Ahmad dan Dr Zuhdi.
“Saya yakin lapan pemuka Pas ini sedang rancang bagaimana nak jelaskan isu ini dan tipu ahli Pas di bawah.

“Perhatikan juga mereka datang naik apa.., Cayene ke, Porche ke, Q7 ke…tengok,” katanya menyindir kereta mewah yang dipakai pemimpin Pas.

Beliau juga meminta Pas segerakan saman mereka terhadap Sarawak Report dan Datuk Husam Musa yang mendakwa Pas menerima dedak dari Umno.

“Saya simpati kepada ahli-ahli Pas di bawah kerana dipermainkan oleh pemimpin mereka.

“Yang masih ada harga diri dan maruah, pastikan bukan undi BN. Beri sokongan kepada kami Pakatan Harapan,” kata Zahid.

TAGS