Malaysia Dateline

Bersatu dominasi PH, DAP hilang kuasa, kata Tiong Lai

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan Isnin lalu berkata, dengan jumlah kerusi terbanyak diberikan kepada Bersatu yang dipimpin Tun Dr Mahathir parti itu telah mendominasi Pakatan Harapan (PH) biarpun ia paling baharu menyertai gabungan tersebut.

Ia juga menurut laporan The Star Online semalam, menjadikan DAP disisihkan tanpa sebarang kuasa, kata Tiong Lai.

Menurut Tiong Lai, kerjasama DAP dengan Tun Dr Mahathir merupakan suatu penghianatan kepada masyarakat Cina yang memberikan kepercayaan kepada parti itu sejak dua pilihan raya yang lalu.

“DAP tidak sepatutnya bersikap ambil mudah terhadap masyarakat Cina dengan terus mempermainkan pandangan awam dan berpura-pura memperjuangkan demokrasi tetapi berbuat sesuatu sebaliknya,” kata beliau.

Ahad lalu, dalam konvensyen yang diadakan di Shah Alam PH telah menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri (PM) dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya PH berjaya mengambil alih Putrajaya.