Malaysia Dateline

Bersatu isytihar keluar Pakatan Harapan

Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

Bahkan semua Ahli Dewan Rakyat dari parti Bersatu juga dengan ini keluar Pakatan Harapan, demikian menurut Presiden Bersatu Tan Sri Datuk Muhyiddin Mohd Yassin dalam satu kenyataan.

“Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara,” kata beliau