Malaysia Dateline

Bersatu Labuan tidak perlu adakan pemilihan

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Labuan tidak akan mengadakan pemilihan bahagian apabila kesemua yang menawarkan diri menang tanpa bertanding setelah proses penyerahan borang pencalonan ditutupĀ  pada Ahad.

Pencalonan yang diadakan di pejabat Bersatu Labuan diterima oleh dua ahli jawatankuasa pemilihan parti pusat Prof. Mohd Hanafiah Harun dan Roslan Abu.

Ini bermakna Ketua Bahagian Labuan ialah Datuk Suhaili Abdul Rahman, manakala Abdullah Omar Bledram timbalan ketua bahagian.

Naib Ketua Bahagian ialah Hassan Jinin manakala Juliana Ibrahim Ketua srikandi dan Ketua Armada Fadilah Abdul Khalid.

Selain itu kesemua yang menghantar borang pencalonan bagi 15 jawatan ahli jawatankuasa bahagian juga menang tanpa bertanding.

Suhaili berkata Bersatu Labuan akan terus lantang bersuara demi keperluan pembangunan ekonomi serta kepentingan rakyat di pulau bebas cukai ini.

— BERNAMA