Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Bersatu mencalonkan Muhyiddin Perdana Menteri ke-8

Bersatu mencalonkan Muhyiddin Perdana Menteri ke-8

Malaysia DatelineFebruary 28, 2020 4:30 pm




Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini sepakat memutuskan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 untuk diperkenankan oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong.

Menerusi kenyataan Setiausaha Agung Datuk Marzuki Yahya keputusan itu dicapai hasil daripada mesyuarat Ahli-ahli Dewan Rakyat dari Bersatu yang diadakan hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad, beberapa ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, termasuk Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Mesyuarat yang dipercayai dihadiri dikalangan Ahli Parlimen Bersatu itu turut dihadiri beberapa bekas ahli PKR seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Zuraida Kamaruddin.

Semua ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat diberi peluang untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

Ini setelah YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah masih belum memperoleh keyakinan mengenai seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu.

Dalam satu kenyataan Istana Negara hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong turut berkenaan dengan keputusan yang telah diambil oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini, 2 Mac 2020.

Baginda juga menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-Ahli Parlimen dan Ketua Setiausaha Negara serta semua pihak terlibat dalam proses temu bual yang berlangsung selama dua hari bermula Selasa lalu.

Pakatan Harapan (PH) pada Rabu lalu  yang hanya dianggotai PKR, AMANAH dan DAP telah sebulat suara mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8,  susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad Isnin lalu.

 

 

 

 

 

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production