Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Bersatu perlu berlaku adil selagi Adun Dengkil belum bersalah, tiada hukuman

Bersatu perlu berlaku adil selagi Adun Dengkil belum bersalah, tiada hukuman

MALAYSIADATELINEJanuary 16, 2020 11:13 am




Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ditahan dalam serbuan polis baru-baru ini tidak bersalah sehingga beliau dijatuhkan hukuman.

Sehubungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti tersebut harus berlaku adil terhadap Adhif Syan Abdullah, yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Selangor.

 Beliau yang juga Presiden Bersatu menambah, parti itu akan membincangkan kes penahanan ADUN berkenaan  dari aspek disiplin dan imej parti dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi yang akan diadakan esok.

“Itu akan bincang mesyuarat esok pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Bersatu). Secara rasmi kita akan bincang di situ.

“Memang ada garis-garis panduan dari segi soal etika dan disiplin parti tapi walau apa pun, kita mesti berlaku adil kerana seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dijatuhkan hukuman .

 “Tapi dari segi imej, disiplin parti kita akan putuskan esok,” katanya ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri, seperti dipetik laporan Malaysiagazette hari ini.

Adhif Syan Abdullah yang juga Ketua Armada Selangor dan empat pegawai khas ahli politik antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi yang dijalankan pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu sidang media berkata, 17 individu ditahan di sebuah kondominium di Jalan Puchong, Kuala Lumpur itu, hanya seorang yang negatif dadah.

Jabatan Kimia sedang menyaring air kencing kesemua mereka yang ditahan untuk kali kedua.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, ujian air kencing kali kedua adalah prosedur biasa sebelum tindakan seterusnya diambil oleh pihak polis.

“Itu terserah kepada mereka bukan PDRM yang buat tapi Jabatan Kimia yang akan buat saringan kedua.

“ini perkara yang biasa, bukan luar biasa. PDRM akan ambil tindakan berdasarkan hasil ujian air kencing,” katanya lagi. 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Terkini

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production