Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Bersatu pertandingkan semua jawatan

Bersatu pertandingkan semua jawatan

SITI NUR ZAWANI MISCON FOTO: SYAFIQ ISKANDARJanuary 8, 2020 2:56 pm




Semua jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah terbuka untuk dipertandingkan termasuk jawatan tertinggi parti.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata, sistem terbuka yang diputuskan adalah bersifat demokratik yang memberi peluang ahli biasa menjadi sebahagian dari Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Dalam mesyuarat yang diputuskan hari ini juga, Bersatu akan mengadakan pemilihan yang dimulakan dengan peringkat Cawangan, Bahagian dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) termasuk sayap-sayap Srikandi dan Armada.

Pemilihan peringkat Cawangan dan Bahagian, masing-masing dijadualkan berlangsung dari 25 Januari hingga 1 Mac serta 4 April depan.

“Sepertimana yang diputuskan, bahawa sebanyak 2,946 cawangan telah disahkan untuk layak bertanding.

“Mesyuarat cawangan diberi tanggungjawab kepada seramai 377,057 ahli yang layak hadir dan memilih Jawatankuasa Cawangan dan Bahagian.

“Dalam kira-kira 300 ribu ahli, sebanyak 2,946 cawangan yang berada dalam 194 bahagian juga telah disahkan untuk membolehkan mereka menjalankan persidangan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Bersatu hari ini.

Untuk rekod, Bersatu akan menggunakan sistem Satu Orang Satu Undi (SASU) hanya diperingkat pemilihan cawangan dan bahagian.

Dalam mesyuarat cawangan, ahli yang hadir akan memilih perwakilan bahagian melalui undi ‘angkat tangan’.

Manakala, persidangan di peringkat Bahagian yang dijadualkan akan berlangsung secara serentak pada 4 April pula, akan melakukan undi secara rahsia untuk memilih MPT, iaitu barisan kepimpinan parti pada peringkat pusat.

Manakala, 20 Jun depan ditetapkan untuk diadakan Mesyuarat dan Perhimpunan Agung Tahunan serentak dengan pemilihan parti.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production