Bersatu sambut baik pembentukan gabungan baharu empat parti di Sarawak

Bersatu sambut baik pembentukan gabungan baharu empat parti di Sarawak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyambut baik tindakan empat parti komponen BN keluar gabungan dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesediaan GPS untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan sangat dialu-alukan.

“Saya menyambut baik keputusan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Sarawak United People’s Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Progressive Democratic Party (PDP) yang telah membuat keputusan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Saya juga mengalu-alukan kesediaan GPS untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan demi memelihara kepentingan nasional dan hak-hak negeri berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau mengulas mengenai kenyataan dibuat oleh Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg yang mengumumkan empat parti dinegeri itu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini sebulat suara membentuk gabungan baharu parti yang berasaskan Sarawak dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan berkata, dengan keputusan itu diharapkan dapat mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang lebih baik antara Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan program-program pembangunan di negeri Sarawak yang pastinya akan memberikan manfaat kepada rakyat.

“Saya percaya, dengan semangat Malaysia Baharu, keputusan keempat-keempat parti ini akan merintis jalan ke arah pembentukan Malaysia yang lebih baik selaras dengan harapan seluruh rakyat Malaysia seperti yang diterjemahkan dalam Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu,” ujarnya.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS