Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Bersatu  sokong Mahathir sebagai PM

Bersatu sokong Mahathir sebagai PM

MALAYSIADATELINEFebruary 26, 2020 12:17 pm




Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini sekali lagi menetapkan pendirian untuk terus memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Ketua Penerangannya Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kesemua Ahli Dewan Rakyat parti itu telah mengadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pagi ini telah menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir.

Ia selari dengan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu yang dipengerusikan oleh Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lepas
telah membuat ketetapan menyokong penuh Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia. MPT juga menolak peletakan jawatan YAB Tun sebagai Pengerusi Bersatu/

“Sejurus selepas mesyuarat tersebut, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Dewan Rakyat BERSATU untuk menyampaikan keputusan parti supaya mereka terus memberikan kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

“Ahli-ahli Bersatu diseru supaya bertenang dan memberikan keyakinan penuh kepada kepimpinan Bersatu untuk menangani situasi politik semasa.

“Kita yakin bahawa situasi politik ini akan dapat diselesaikan dengan segera.

“InsyaAllah parti dan negara kita akan muncul lebih gagah dan bersatu padu di bawah kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir,” ujarnya kenyataan itu hari ini.

Hari ini baki 132 ahli Parlimen dari Pakatan Harapan dan Bebas mengadap Yang DiPertuan Agong Sultan Abdullah i’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap dan mendengar sendiri pendirian baki 132 daripada 222 ahli Dewan Rakyat bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani kemelut politik yang melanda negara sejak Isnin lalu.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap 90 Ahli Parlimen bagi mendengar sendiri pandangan dan menentukan sokongan kepada pihak tertentu bagi membentuk kerajaan baharu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production