Malaysia Dateline

Bersatu Sri Aman agih sumbangan kepada mangsa tanah runtuh

Jaziri menyampaikan sumbangan kepada Tuai Rumah Agal Jagan di Sri Aman baru-baru ini.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Sri Aman telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa tanah runtuh yang di tempatkan Pusat Permindahan Sementara (PPS)di Dewan Makan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu Sri Aman baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan oleh Jaziri Alkaf Suffian selaku Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sarawak kepada Tuai Rumah Agal Jagan yang mewakili 12 buah keluarga yang terlibat dalam insiden terbabit.

Beliau turut melawat ke tapak tanah runtuh yang berlaku di kawasan bukit belakang rumah panjang mangsa-mangsa berkenaan.

Katanya, dengan sumbangan yang diberikan itu sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa lebih lagi terpaksa berpindah meninggalkan rumah akibat bencana tersebut.

“Kejadian tanah runtuh ini amat merbahaya sekiranya tidak diambil tindakan yang serius.

“Justeru saya berharap dan meminta pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk menyelesaikan isu berkaitan.

“Selain itu, saya bagi pihak Armada Negeri Sarawak ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan, Polis DiRaja Malaysia, Nadma, Jabatan Kebajikan, SMK Melugu, JPAM, Bomba dan semua agensi kerajaan yang tidak putus-putus memberi bantuan makanan 24 jam kepada penduduk yang terlibat,” jelas beliau.

Turut hadir dalam misi bantuan bencana alam Bersatu peringkat Daerah Sri Aman ialah Ketua SriKandi Sarawak Siti Sara dan Ahli Bersatu Bahagian Sri Aman.