Malaysia Dateline

Bersatu yakin DAP bakal hilang banyak kerusi di P.Pinang

Bersatu Pulau Pinang optimis Dap akan hilang banyak kerusi Dun dan Parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) ke 15 yang akan datang termasuklah kerusi Dun Padang Kota dan Parlimen Tanjong yang diwakili oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Keyakinan termasuk dizahirkan oleh Ketua Penerangan Bersatu Pulau Pinang, Mohamad Kamal Fairos Ibrahim ketika ditemui Malaysia Dateline semalam.

Jelas beliau lagi, dengan penyertaan Gerakan kali ini, 19 kerusi Dun dan 7 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh Dap dalam PRU ke 14 yang lalu tidak lagi selamat.

“Dap jangan merasa terlalu selesa kali ini kerana dengan penyertaan Gerakan serta kerjasama dengan komponen yang lain seperti MCA mampu untuk menjadikan Dap sebagai oposisi kembali sepertimana yang telah berlaku sebelum ini.

” Kami yakin dengan komitmen yang diberikan oleh Gerakan yang pernah menerajui Pulau Pinang sebelum ini, kami mampu untuk mengulangi kejayaan yang lalu.

” Dap akan hilang banyak kerusi termasuklah kerusi di kawasan Seberang Perai Utara, Tengah, Selatan, dan juga sebahagian lagi di kawasan sebelah Pulau,” jelas beliau yang juga merupakan Ketua Bersatu Bahagian Tanjong.