Bersediakah PH hadapi PRU15 jika jatuh pada Mac tahun depan?

Oleh ARIF ATAN

Ramai yang menulis faktor kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Melaka. Daripada pelbagai penulisan di media sosial, karya saudara Norman Radzuan adalah senada apa yang kami sudah simpulkan sebelum pilihan raya negeri lagi.

Kami sudah sampaikan beberapa kelemahan, tetapi pimpinan PH dari AMANAH, DAP dan PKR enggan mendengar.

Minggu lepas, beberapa maklumat dalaman dari pihak Umno baru beritahu kepada kami sekiranya plot dan taktikal mereka berjaya di Melaka, pembubaran Parlimen bagi PRU-15 berkemungkinan akan dibuat pada Mach 2022 atau pembubaran lebih awal daripada itu dan PRU-15 di bulan Mac!

Jadi, wahai pimpinan PH kalian, masih lagi nak berhati besar? Orang sudah habaq, buat tak nampak. Pi ambik musang berjanggut jaga reban pihak AMANAH dan PKR.

Samsul yang sudah jadi Ahli Parlimen, dok beri lagi Adun. Ya, teguran Rafizi itu nampak sinis dan kadang kala ada juga yang naik angin tetapi kalian lupa analisisnya juga menyamai apa yang kami jangkakan.

Dalam hal ini, sekiranya kalian nak faham kelemahan dan isu sebenar di pilihan raya negeri Melaka, cuba baca apa yang saudara Norman Radzuan nukilkan berkaitan media, wakil pilihan, saranan pengguna Facebook dan lain-lain.

Umno baru akan gunakan peluang Covid-19 ini untuk bubarkan Parlimen. Mereka dah tahu rancangan plot mereka telah pun berjaya di Melaka.

SOP pilihan raya yang dikatakan saman sana, saman sini akibat langgar SOP itu juga sebenarnya permainan kerana mereka menetapkan peruntukan belanja hangus bagi yang disaman.

Ya, PH dah ada logo tetapi perlu ingat kerosakan telah berlaku akibat permainan si helang tepi laut. Bagi kami, ini bukan faktor besar kekalahan.

Oleh itu, dalam masa singkat ini sekiranya rancangan PRU-15 di bulan Mac tahun depan berkemungkinan diadakan, cadangan kami, pihak parti AMANAH dan Parti Tindakan Demokratik perlu gunakan taktik yang sama hal logo sebagaimana di PRU-14 lalu.

Persoalannya, apakah Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim nak mendengar saranan pengguna Facebook sebegini? Rasanya, tidak, kerana mereka beranggapan setiap isu dan berita hanya perlu diterima hanya melalui di pusat saja.

Yang di pusat itu pula, asyik dok sapu vicks dan minyak gamat saja tak habih-habih. Selain berita dan isu di luar pusat, tidak diendahkan!

Akhirnya, kami tumpukan untuk menyusahkan dan menghancurkan Idris Haron dan ini yang rapik di Melaka.

Pasai depa berdua ini sewaktu ada dalam kuasa menyusahkan rancangan dan kerja-kerja kami di negeri perairan tersebut.

Dah kami bukan orang politik, dah pesan pada pimpinan pun tidak mahu mendengar, maka kami jalankan hala tuju kami sajalah.