Malaysia Dateline

Berselera makan sandwic – Ibu sangat sedih teringatkan itu makanan terakhir anaknya

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang ditemui lemas di Sungai Dungun semalam dilihat berselera makan sandwic dibuat ibunya, Al Miah Nor Ali, 47.

Menurut Al Miah, anaknya Abdul Rafiuddin Abdul Rashid da meminta saya menyediakan sarapan untuk makan di rumahnya, sedangkan kebiasannya dia membawa bekal.

“Saya buat sandwic dan dia makan dengan berselera, menyebabkan saya sangat sedih setiap kali teringkatkan bahawa itulah makanan terakhir yang saya sediakan untuknya,” dipetik BH Online.

Beliau berkata dia sedikit pun tidak menyangka anak keenamnya daripada tujuh beradik itu akan mandi di sungai terbabit kerana seringkali berpesan kepadanya supya tidak berbuat demikian.

Jelasnya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun, hari ini, Rafiuddin ada meminta kebenaran untuk keluar bermain bola bersama rakan di kawasan lapang yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah.

“Dia selalu bermain bola di situ (kawasan lapang berhampiran dengan Sungai Dungun, dekat kampung Rajawali) dan saya tidak sangka dia mandi di sungai terbabit.

“Retak hati saya sebaik rakan kepada anak saya datang ke rumah petang semalam memaklumkan Rafiuddin lemas,”katanya.

Dalam masa sama, Al Miah memberitahu, sejak kebelakangan ini, sikap anaknya bertukar pendiam berbanding sebelum ini yang agak peramah dan aktif.

“Dia aktif dalam sukan olahraga di sekolah dan suka bergaul dengan pelajar lain. Perubahan sikapnya menjadi pendiam turut disedari gurunya di sekolah.

“Walaupun sedih dengan kehilangan itu, saya bersyukur jasad Rafiuddin ditemui,” katanya lagi.

Jenazah Rafiuddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelandang, Pulau Serai, petang ini.

Baca juga Pakar Usuluddin, pemikiran Islam Prof Mohamad Kamil meninggal dunia