Bersih 2.0 serah memorandum 9 tuntutan kepada SPR

Bersih 2.0 serah memorandum 9 tuntutan kepada SPR

Gabungan Pemantau Pilihan Raya Bersih 2.0 menyerahkan Memorandum Reformasi Pilihan Raya PRU14 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini dengan memfokuskan pelaksanaan sembilan tuntutan.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menyerahkan memorandum itu kepada Ketua Komunikasi Korporat SPR Mohd Sabri Abdullah di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Dalam memorandum itu, Bersih meminta SPR mempertimbangkan cadangan-cadangan itu demi pilihan raya bersih dan adil untuk dilaksanakan dalam tempoh 10 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut Maria, Bersih 2.0 akan terus mengunjungi SPR sehingga dapat bertemu pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sendiri.

“Kita baru sahaja bercakap dengan seorang pegawai, katanya dia tidak tahu tentang surat itu.

“Kita harap dapat mengadakan mesyuarat (dengan Hashim) kerana banyak isu yang kita mahu bincangkan dengan SPR sebelum pilihan raya umum ke-14.

“Mereka boleh buat kerja mereka dengan terus mengelak berjumpa dengan kami tetapi kami juga akan buat kerja kami, kami akan terus datang,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)