Bertabahlah Datuk Husam Musa, anggaplah diri dicampak lanun

Saya agak terkebelakang isu Dato Husam Musa (DHM), namun saya percaya ianya sudah sampai kepada kemuncak. Dengan rayuan masih boleh dibuat maka saya rasa ia tidak ada jalan keluar kerana yang menegur tetap akan terus menegur walau rayuan diterima.

Ini bukan lagi soal jawatan dan kedudukan dalam parti sama ada akan tercalon atau tidak pada PRU-14 akan datang, ini soal prinsip yang perlu dijunjung. Jika DHM membuat rayuan dan ianya diterima, dan sekali lagi DHM membongkar seperti sebelum ini, apakah ianya akan terus ulang dan berulang.

Maka sudah sampai masa dan ketikanya untuk DHM dan teman-temannya meniliti kembali keberadaan mereka didalam PAS. Benar, PAS yang dulu bukan PAS yang sekarang.

Pemecatan DHM sekaligus menampakkan wajah sebenar PAS yang sememangnya tidak mampu dan bijak menangani perbezaan pendapat. Realitinya ia berlaku selepas ketiadaan Almarhum T.ok Guru Nik Aziz.

Beraninya DHM bukanlah seperti yang lain yang ada di dalam PAS hari ini. Beliau bertanding di Parlimen Putrajaya yang sudah tentu menghadapi tentangan yang sangat hebat dan kuat.

Pesan saya untuk DHM agar terus tabah dan bersemangat. Ini bukan lagi mahu menyelamatkan bahtera yang bimbang dibocorkan, tetapi mereka lebih mahu menjadi lanun yang berlakon sebagai laksamana bangsa dan agama.

TAGS