Malaysia Dateline

Bertanding dalam PRU, guna ‘cash’ tetap menang

Tun Dr Mahathir Mohamad percaya budaya ‘tunai itu raja’ berkuasa termasuk sanggup membunuh orang lain apa lagi hanya untuk lompat parti.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kemenangan pasti dalam diperoleh dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sekiranya menggunakan wang.

“Demikian kalau bagi cash, sanggup bunuh orang pun boleh. Apatah lagi cuma untuk lompat parti.

“Dinding tinggi pun lepas. Kalau nak bertanding dalam PRU, guna cash tetap menang punya,” bidasnya dalam hantaran di blog hari ini.

Bahkan, beliau yang sebelum ini menggelarkan Najib Razak sebagai perompak dan pencuri itu secara sinis berkata, wang juga mampu mengelak individu daripada ditangkap.

“Tak cukup cash, curilah. Nanti kena tangkap. Tak, hulur cash, tak jadi tangkap.

“Kalau milik bilion-bilion tetap menang PRU. Curi depan mata pun tak apa. Menang PRU, selamat dari dicekup, dibicara,” sinisnya.

Sehubungan itu, Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi tersebut menyifatkan wang mampu menyelamatkan kleptokrat sekalipun.

“Cash boleh selamat – penyangak pun. Apa nak takut, curi depan mata banyak-banyak, sogok banyak-banyak cash – Lepaih, tak kena hukum.

“Kalau hukum, hukuman tak jalan. Okaylah. Ayuh semua orang, guna cash. Kamu selamat,” sindir wakil rakyat tertua itu lagi.

LANJUT MENYUSUL