Bertanding secara sihat, jangan serang karakter calon, seru AMK Permatang Pauh

Bertanding secara sihat, jangan serang karakter calon, seru AMK Permatang Pauh

Biro Disiplin dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR digesa supaya tidak memandang remeh isu fitnah serta tohmahan liar yang semakin serius menjelang pemilihan PKR ketika ini.

Saranan ini disarankan oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Permatang Pauh, Haidar Auni Dzolkapli (gambar atas).

Jelas beliau lagi, kesemua calon-calon yang bertanding bagi merebut jawatan dalam pemilihan parti pada kali ini sepatutnya berkempen dengan sihat tanpa menyerang karakter mana-mana calon.

“Kempen yang melampau seharusnya dielakkan kerana ia boleh merosakkan parti.

“Tindakan sedemikan akan juga memberi impak apabila keyakinan rakyat semakin terhakis pada pimpinan parti serta kerajaan yang sedang menerajui negeri dan negara tatkala ini.

“Biro Disipilin dan JPP mesti memberi perhatian serius isu ini serta mengambil tindakan yang tegas,” ujarnya.

Malah tegasnya lagi, AMK Permatang Pauh mencadangkan supaya pencalonan calon sedemikian dilucutkan.

“Manakala calon-calon yang bertanding di peringkat Pusat pula harus senantiasa berwaspada serta menjaga setiap butir bicara dan tindakan yang diambil.

“Setiap kata turut mereka serta tingkah laku mereka di peringkat Pusat akan memberi kesan khususnya kepada akar umbi yang berada di bawah.

“Sepanjang tempoh kempen bagi pemilihan parti, teladan yang baik harus dipertontonkan agar ia boleh diteladani oleh golongan bawahan, ” tambahnya lagi.

Beliau juga berkata, AMK Permatang Pauh juga tidak ingin menerima budaya tidak sihat kerana pimpinan parti kini adalah pimpinan yang akan mencorakkan PKR pada masa akan datang.

CATEGORIES