Malaysia Dateline

Bertemu sahabat lama

Tengahari itu, kami makan tengahari di restoran Hardatmaut di Ipoh. Ust. Mustaffa Abdul Wahab adalah Pengarah Pilihanraya Pas Perak adalah Naib Ketua Pemuda Perak semasa saya menjadi Ketua Pemuda Pas Perak 2002-2004.

Dalam Dewan Harian Pas Perak sekarang, beliau adalah antara yang paling senior selain daripada Ustaz Misbahul Munir. Jauh sangat lebih senior daripada Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Jabatan Pilihanraya Negeri Perak (JPN) beberapa tahun. Tidak dikenali sebagai ahli politik kerana latar belakangnya lebih kepada seorang saudagar pelbagai barangan.

Banyak perniagaan yang diceburi. Banyak kembara yang kami lalui sama. Antaranya misi ke Acheh selepas tsunami 2004. Jika ke Muktamar Pemuda Pas Pusat, dialah yang payung kami yang mustadaffin ini. Sekarang diamanahkan salah seorang lembaga pengarah SADC Perak dan Yayasan Perak.

Dia tempah 10 buku ‘Menang dan Terbuang’ semasa buku belum siap. Saya cakap, orang politik tak baca buku. Kalau belipun, sekadar ambil hati penulis sahaja. Dia tidak setuju pandangan itu. Ustaz Mustafa kata, ‘ana baca tulisan anta. Ana suka bahasa anta’. Ohh saya lupa. Dia bukan ahli politik.

Turut lunch dengan kami ialah Wan yang bekerja sebagai staf pejabat Perhubungan Pas Perak. Kami bincang pasal politik dan hobi. Wan adalah kolektor arkib. Kami sembang pasal projek penulisan sejarah Pas Perak. Ada beberapa hal yang kami wajib hormat antara satu sama lain. Ia juga berlaku dalam kebanyakan organisasi termasuk parti politik.

Mustafa tetap kata Amanah dengan istilah Pan. Itu yang Pas biasa guna. Sayapun tak kisah. Banyak perkara yang lebih penting. Kami bercerita soal semangat dan kualiti kerja dalam parti. Susah nak cari seperti yang kami lalui dahulu.

Semangat pengorbanan dan ukhwah sangat hebat.
Kebanyakan masalah peribadi terbawa-bawa ke dalam organisasi seperti parti politik. Akhirnya parti menghadapi masalah.

Apabila usrah, tamrin dan program tarbiyah parti dijadikan medan menimbulkan kerenggangan dalam organisasi, itulah yang berlaku dalam Pas suatu ketika dahulu.
Pendirian politik adalah hak peribadi. Sedangkan ukhwah fil Islam adalah beyond political boundaries.

‘Politik itu menarik’. Itulah yang saya tulis sebagai autograf pada buku yang Mustafa beli. Harap baki buku itu, ahli Pas baca. Buku itu bukan nak ajak masuk Amanah. Buku itu pasal kita semua yang terlibat dalam politik.