Kerajaan Perikatan Nasional diminta berunding dengan 23,000 doktor kontrak yang bercadang untuk melancarkan mogok penghujung Julai ini.
Menurut ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi, tidak mengugut untuk mengenal tindakan disiplin kepada mereka.
“Sepatutnya Kerajaan PN buka pintu untuk berunding. Bukan ugut untuk ambil tindakan disiplin.
“Sekurang kurangnya bagi mereka kemudahan EPF terlebih dahulu,” kata beliau.
Bagi Puad, doktor kontrak adalah sebahagian daripada frontliner yang tidak kenal erti penat.
“Mari kita sokong perjuangan frontliner kita,” kata Puad menerusi facebook beliau.
Puad berkata, beliau diifahamkan ada usaha untuk menghalang doktor kontrak melancarkan mogok pada hujung Julai nanti.
Terdapat lebih kurang 23,000 doktor berstatus kontrak. Mereka mahu pembelaan dilantik ke jawatan tetap.
“Kalau dentist, guru, polis, PTD, imigresen dan lain lain boleh dilantik ke jawatan tetap, kenapa tidak mereka?” katanya.
Isu ini, katanya, sudah bertahun berjalan tanpa ada penyelesaian.
“Lebih setahun mereka jadi frontliner tanpa rehat. Maka langkah mogok adalah wajar jika Kerajaan PN pekak telinga.
“Jangan jadikan “timing” dan “pandemik”sebagai alasan. Mereka bukan tuntut untuk jadi kaya,” katanya.
Sebagai pegawai kontrak, katanya, mereka dinafikan hak seperti biasiswa untuk jadi pakar, EPF, pinjaman perumahan dan sudah tentu peluang memajukan karier.