Malaysia Dateline

Haji Yusof kiri sekali meninggal dunia pagi tadi

Besan Ustaz Fadzil Nor meninggal

Besan Allahyarham bekas presiden PAS, Datuk Fadzil Noor, Haji Yusof Ismail (gambar atas kiri sekali duduk di depan) meninggal dunia jam 2.30 pagi tadi.

Allahyarham Yusof yang merupakan bapa kepada Ahmad Sabki Yusof, bekas naib ketua pemuda PAS, meninggal dunia di rumah anaknya dekat Bangi selepas sakit tua.

Jenazah beliau selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam sebelum Zohor tadi selepas disolatkan di Surau Mujahidin, Taman Desa Surada, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Allahyarham meninggal isteri serta lapan lagi anak selain Sabki.

Mereka adalah Jamilah, Sharifah, Wahidah, Raisah, Ahmad Fathi, Hilmiah dan Ahmad Fadzli Yusof.

Sabki adalah suami kepada anak Ustaz Fadzil, Munna Izzah Fadzil.