Betul ke bohong Zahid tangguh ambil pekerja asing 1.5 juta Bangladesh, soal Mahfuz

Betul ke bohong Zahid tangguh ambil pekerja asing 1.5 juta Bangladesh, soal Mahfuz

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mula mempersoalkan banyak perkara yang berlaku muktahir ini membabitkan isu pengambilan dan penangguhan pekerja asing sebagaimana kenyataan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Beliau berkata, diperingkat awal kenyataan Ahmad Zahid mengatakan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh bukan kehendak kerajaan tetapi permintaan majikan Sebaliknya kenyataan Ketua Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia, Datuk Shamsudin Bardan pula  menyatakan majikan tidak memerlukan tambahan pekerja sebanyak itu. Manakala Datuk Sri Wee Ka Siong, Menteri di JPM ujarnyanya, juga tidak setuju dengan pengambilan tersebut tanpa penyelesaian kepada Pati yang sedia ada di pasaran kerja hari ini

“Kemudian, Zahid menyatakan bukan kerajaan yang hendak dan bukan sebab permintaan majikan, tetapi belia Malaysia yang malas tidak mahu kerja yang kotor, bahaya dan sukar (3D) menjadi punca kerajaan terpaksa bawa masuk pekerja asing Bangladesh 1.5 juta orang.

” Khairy Jamaludin dan Datuk Seri Azalina Othman pun sokong Zahid. Bermati-matian pemimpin Umno pertahan kemasukan pekerja Bangladesh kerana dikatakan belia Malaysia malas dan segala macam.

“Cakap sahajalah bahawa kemasukan pekerja asing akan memberi pulangan kepada syarikat kroni yang diberi lesen untuk menguruskan kemasukan dengan bayaran yang perlu dibayar. Tidak perlu pusing sana, pusing sini,” ujar Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Pokok  Sena Datuk Mahfuz Omar Malah hujah Mahfuz lagi, Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot berkata Malaysia bukan mahu bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh. Angka tersebut 1.5 juta ialah mereka yang berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Expatriat dan Pekerjaan Luar untuk dihantar ke-139 negara termasuk Malaysia yang diluluskan kerajaan Bangladesh.

“Dalam hal ini sedangkan kenyataan media KDN sebelum ini jelas mengakui PM Bangladesh telah meluluskan memorandum persefahaman G-to-G Plus (MOU G To G Plus) bagi penghantaran pekerja Bangladesh seramai 1.5 juta untuk bekerja di Malaysia.

“Maknanya, Kerajaan Bangladesh telah menyedia penghantaran rakyatnya ke Malaysia sebanyak 1.5 juta. Kenyataan Zahid sebelum ini pun mengakui jumlah tersebut akan dibawa masuk berperingkat-peringkat untuk tempoh 3-5 tahun berdasarkan permintaan pasaran. Kenyataan yang memeningkan rakyat Malaysia.

“Bila rakyat marah atas isu pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh dengan menghina belia Malaysia kononnya malas dan tidak mahu kerja 3D, Perdana Menteri Mohd Najib kata dia akan bincang dengan Zahid.

“Menteri Sumber Manusia, Richard Riot sudah pun tandatangan perjanjian persefahaman dengan Kerajaan Bangladesh. Tiba-tiba keluar kenyataan Zahid kerajaan menangguhkan pengambilan pekerja asing termasuk dari Bangladesh sehari selepas Menteri Sumber manusia tandatangan MOU dengan alasan konon nak bagi peluang majikan ambil pekerja tempatan.Betul ke bohong?

“Betul ke bohong tanguh? Kata Pemangku Setiausaha Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Begum Shamsunnahar bahawa kenyataan Zahid TPM Malaysia tangguh pengambilan pekerja Bangladesh tu mengarut. Tidak malu kah dengan Kerajaan Bangladesh.

“Betul ke bohong bukan 1.5 juta? Betul ke bohong nak bagi peluang pekerjaan tempatan? Apa tangga gaji untuk pekerja tempatan yang memenuhi keperluan kehidupan seperti rumah dan sebagainya?

“Apakah syarat yang dikenakan untuk majikan menggaji pekerja tempatan dengan memastikan gaji yang mencukupi dan kebajikan kehidupan mereka terjamin?

“Tidak wajar menyalahkan belia Malaysia memilih kerja untuk menghalalkan kemasukan pekerja asing termasuk Bangladesh untuk pulangan lumayan kepada kroni. Berapa ramai belia dan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara?

“Ini menunjukkan persoalan gaji dan pendapatan yang menjadi tuntutan keperluan bukan kotor, bahaya dan sukar,” ujarnya.

TAGS