Betul ke gantung patung mainan ni ada maksud tersirat?-‘Bukan sekadar nak nampak comel ‘

Oleh NASUHA RAHMAN

Sering kali kita melihat sesetengah kenderaan sama ada kereta kadang-kadang lori menggantung patung mainan seperti ‘teddy bear’ di bawah bamper.

Dan sudah tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa pemandu menggantungkan patung di kereta mereka.

Apatah lagi melihat pemandunya adalah lelaki, macam-macam persepsi daripada pengguna jalan raya apabila melihat patung mainan ‘terhuyu hayang’ di bawah bamper.

Betul atau tidak rupanya ada maksud tersirat disebalik patung mainan yang tergantung di bawah bamper kenderaan.

Facebook PanduLaju.com.my menjelaskan terdapat 5 maksud tersirat disebalik menggantungan patung mainan itu;

1.Ajak Berlumba

Biasa digunakan komuniti JDM sebagai isyarat berlumba hingga menjadi trend banyak negara walaupun kereta mereka bukan JDM.

2.Tunjuk Kereta Lowered

Juga sebagai isyarat betapa lowerednya kereta kita. Maknanya makin kecil patung digantung dan makin rapat kaki patung mainan dengan permukaan jalan, maka itu tandanya kereta kitalah terpaling lowered.

3.Tenangkan Roh Mangsa Kemalangan

Perasan tak sesetengah drebar lori ada gantung patung mainan macam ni bawah gandar belakang?
Ini biasanya dilakukan pemandu Thailand sebagai ritual tenangkan atau hormat roh mangsa yang mati akibat kemalangan.

4.Simbol Drifter

Biasa dilakukan pelumba atau kaki drifter di Jepun. Tapi patung mainan yang digantung ialah ‘Domo-kun’, iaitu maskot tv penyiaran Jepun, NHK.

5.Trend Bosozoku

Trend kumpulan gangster yang suka bikin kereta di Jepun untuk tunjuk betapa lowered-nya kereta mereka.
Harap pemandu Malaysia pun sedia maklum dengan trend ini dan bukan sekadar ikut-ikutan saja. Mungkin juga tuan kereta tak perasan patung mainan itu digantung anak sendiri.

Namun perkongsian ini timbul pelbagai pandangan daripada netizen ada yang menyifatkan ia sekadar mahu kereta keihatan comel di atas jalan raya, tidak kurang juga yang mengecam

“Hanya sbb nk nampak comel dn menarik perhatian jer pn, ape salahnya.. itu pn nk dipeningkan.. xsalh pn klau x mengikut trend negara mane pn.. yg penting x mgganggu fokus pemanduan org lain..,” komen Azhari Idris

“Ntahla..macam batak pulak aku tgok yg letak petung kat bawah tu….tah hape2..semua nk jd ikutan..,” komen pua Ikhwan Yusup.

Baca juga: Menyimpan bukan bergantung pada gaji banyak atau sedikit tapi disiplin diri-Ini tips bijak simpan duit yang ‘last’ ramai yang suka