Malaysia Dateline

‘Beza betul dengan Cairo, kita kalau seorang hon boleh mengundang gaduh besar’

Rakaman perbandingan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dan Cairo mengenai penggunaan hon yang dikongsi di media sosial menarik perhatian rakyat Malaysia.

Menerusi rakaman itu, bunyi hon begitu gamat di sebatang jalan raya di Cairo yang sesak manakala di ibu negara Malaysia sebaliknya langsung tiada bunyi hon.

Rata-rata menyifatkan keadaan riuh dengan hon sebenarnya suatu kelaziman di sebahagian negara luar termasuk Indonesia dan India.

Berbanding di Malaysia, ada yang berpendapat hon biasanya kedengaran hanya dalam keadaan tertentu seperti kereta di hadapan tidak bergerak selepas beberapa saat lampu isyarat bertukar kepada warna hijau.

“Kita kalau seorang hon boleh mengundang gaduh besar,” kata seorang netizen manakala Azrul Amir
menyifatkan orang Malaysia tidak membunyikan hon kerana bijak.

“Hon macam mana pun takkan gerak kalau depan tu dah lekat. Buang masa, tenaga, bateri. Bising. Tenang itu kan bagus,” tambahnya.

Perkongsian video itu juga mengundang komentar berbaur jenaka seperti Hafizan Azizan yang menulis, “Malaysia kalau dengar hon, satu barisan keluar tengok takut ada gaduh”.

Baca juga: Rapat terus ke bahu jalan, situasi kemalangan ini jadi perdebatan warganet

Baca juga: Ngeri! Terbakar selepas berlanggar, wanita rentung ditemui dalam kereta