Biar betul main game pun boleh dapat RM31 Juta? Ini senarai ‘gamers’ paling kaya dunia

Oleh NASUHA RAHMAN

Untuk makluman, industri main game ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Hal ini termasuklah bermain permainan atas talian yang mampu memberikan hasil pulangan yang lumayan.

Dahulu, peranti gaming dianggap sebagai satu benda yang mewah dan tidak semua berpeluang untuk bermain permainan video di rumahnya sendiri.

Kini, sesiapa sahaja boleh bermain permainan atas talian dengan kehadiran pelbagai game menarik di peranti mudah alih.

Rata-ratanya, ramai yang menjadikan ‘gaming’ sebagai satu hobi untuk meluangkan masa sama ada secara solo ataupun bersama-sama rakan-rakan.

Bagaimana? Hasil pendapatan boleh diperoleh menerusi dua cara.

Sama ada pemain tersebut terlibat dalam perlawanan-perlawanan daripada pelbagai peringkat ataupun membuat ‘live’ di hadapan para peminat menerusi laman media sosial seperti Youtube, Twitch dan sebagainya.

Hari ini kita akan kongsikan lima orang gamers paling kaya di dunia setakat 8 Mei 2023.

Menurut Esports Earning, N0tail atau nama sebenarnya, Johan Sundstein merupakan gamer terkaya di dunia setakat ini.

Pemain pro DOTA 2 asal Denmark ini berjaya meraih kira-kira $7.18 juta (RM 31.8 juta) secara keseluruhan.

Senarai ini diikuti pemain-pemain dari seluruh pelusuk dunia seperti:

JerAx (Jesse Vainikka)

Bekas pemain pasukan OG asal Finland ini meraih sebanyak $6.48 juta (RM 28.7 juta)

Ana (Anathan Pham)

Bekas pemain pasukan OG asal Finland ini meraih sebanyak $6.48 juta (RM 28.7 juta)

Ana (Anathan Pham)

Ceb merupakan pemain DOTA 2 asal Perancis. Sepanjang kariernya, beliau berjaya meraih $5,82 juta (RM 25.84 juta)

Topson (Topias Taavitsainen)

Untuk makluman, pemain aktif DOTA 2 asal Finland ini berjaya mengumpul kira-kira $5.69 juta (RM 25.2 juta)


Jangan risau, game bukanlah terlalu ‘kompetitif’ seperti disangka. Korang pun boleh bermain game sekadar untuk bersantai-santai, melepaskan stres dan meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Jika korang ingin berjinak-jinak dalam dunia gaming, kami sarankan korang untuk bermain Playpark Streetballers.

Character Skills – Different Character Positions, Different Freestyle Skills
Pada awal permainan, korang diberikan peluang untuk memilih karakter secara percuma. Antara karakter percuma yang diberikan adalah Whitney, Brigdet, Julio, Dwight dan BANG.

Setiap karakter memiliki kemahiran dan atributnya yang tersendiri, mengikut posisi masing-masing (Point Guard, Power Forward, Center, Small Forward dan Shooting Guard).

Korang memilih karakter yang bersesuai dengan playstyle korang ataupun, mana-mana karakter yang kelihatan ‘goodlooking’ di mata korang.

Player ada kebebasan untuk gayakan karakter sendiri
Dalam permainan ini, para pemain memiliki kebebasan untuk menggayakan karakter sendiri.

Pelbagai pilihan dari segi pakaian, gaya rambut, pakaian, kasut dan sebagainya untuk memenuhi citarasa para pemain.

Pilih reka bentuk gelanggang sendiri
Selain itu, korang pun boleh mereka bentuk gelanggang bola keranjang mengikut taste korang sendiri.

Terdapat pelbagai pilihan lokasi untuk menempatkan gelanggang idaman korang.

Selepas itu, korang boleh pilih permukaan gelanggang, rekaan graffiti, struktur pada backboard, palang dan gelung jaring, hiasan sekeliling gelanggang termasuklah meletakkan maskot di atas gelanggang.

Boleh pilih mod bola keranjang jalanan – 3v3, 2v2, 1v1, Tersuai
Pemain boleh memilih mod bola keranjang jalanan yang diminati sama ada 3v3, 2v2, 1v1 ataupun boleh mereka mod permainan korang.

Bina kelab anda sendiri dengan rakan-rakan
Bukan itu sahaja, kalau bermain game ini bersama rakan-rakan, korang boleh membina kelab sendiri dalam permainan ini.

Dalam ‘Club’, para pemain boleh mengasah bakat dan bertukar-tukar kemahiran bersama-sama pemain lain dari rantau Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Permainan Pantas & Mudah: Menang dalam masa 3 Minit
Berbeza dengan permainan atas talian lain, setiap perlawanan dalam Playpark Streetball hanya memakan masa selama tiga minit sahaja

*tidak termasuk masa tambahan.
Ini dapat membantu para pemain, khususnya pemain kasual untuk merancang masa bermain mereka dalam permainan ini dengan efisien.

Selain itu, permainan ini juga menggunakan antara muka (interface) yang mudah difahami. Boleh dikatakan, game ini sesuai bagi sesiapa yang berjinak-jinak dalam dunia gaming.

Jika korang masih kurang mahir mengawal karakter anda, pihak Playpark turut menyediakan panduan kepada para pemain menerusi laman web game ini.

Wah, mana nak dapatkan game ni? Saya tak boleh move on dari design BANG
Jika korang tak sabar-sabar nak memulakan pengembaraan bola keranjang jalanan bersama karakter kegemaran korang, korang boleh memuat turun permainan Playpark Streetballers menerusi laman web Playpark.

Baca juga: Ini antara sumbangan besar ColdPlay kepada Malaysia yang ramai tak tahu, patutlah PMX sebut ‘welcome’