Biar koperasi bina rumah penjawat awam, saran Cuepacs

Biar koperasi bina rumah penjawat awam, saran Cuepacs

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan bekerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) untuk memastikan penjawat awam dapat memiliki kediaman sendiri.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Azih MudaKongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan bekerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) untuk memastikan penjawat awam dapat memiliki kediaman sendiri.

Menurut Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda harga rumah yang terlalu mahal pada masa ini menyebabkan mustahil untuk penjawat awam berpendapatan rendah mempunyai rumah di bandar.

Beliau berkata, pihaknya mahu penjawat awam memiliki kediaman sendiri ketika masih dalam perkhidmatan ekoran tempoh yang terhad tinggal di kuarters.

“Malah, ada penjawat awam yang bergaji di bawah garis kemiskinan dan cabarannya cukup besar kerana mereka juga perlu membayar ansuran kereta serta menanggung keluarga di saat peningkatan kos sara hidup yang tidak terkawal ini.

“Lebih 95 peratus mereka (penjawat awam) adalah ahli pelbagai koperasi. Jika kerajaan tidak mampu sediakan rumah, biar koperasi bina kediaman ini dengan syarat tertentu dan dikawal kerajaan,” ujarnya dipetik daripada laporan temubual di akhbar Metro.

Mengulas keutamaan kuarters kepada polis dan tentera, Azih berkata, hal tersebut tidak harus dipertikai memandangkan mereka perlu sentiasa bersedia 24 jam.

“Begitu juga dengan kakitangan di bawah Kementerian Kesihatan yang bertugas secara ‘on call’ dan perlu pantas bertindak apabila khidmat mereka diperlukan,” tambahnya lagi.

Dalam tembual itu juga, Azih memberitahu pihaknya mendapati sebanyak 552 skim perkhidmatan perlu disemak semula ekoran kadar upah tidak berpatutan.

TAGS