Malaysia Dateline

Mohamad Sabu

Biar rakyat Iran tentukan hak mereka, kata Presiden Amanah

Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengucapkan Syabas kepada rakyat Iran susulan tunjuk perasaan diadakan apabila berlaku kenaikan harga barang, urusan ekonomi tidak memihak kepada rakyat, maka anak-anak muda dan rakyat bangun dan keluar ke jalan raya menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

“Namun apa yang pelik, mengapa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membuat sokongan terbuka di hari partama himpunan itu termasuk juga Perdana Menteri Israel Netanyahu yang membuat rakaman video khas menyokong demonstrasi itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya, sewajarnya rakyat Iran menentukan hak mereka.

“Mengapa Amerika dan Isrel begitu berminat untuk menyokong demonstrasi itu sedangkan di negara lain pemerintah melakukan kekejaman namun mereka tidak mempedulikan.

“Janganlah kerana berkuasa, mereka boleh berbuat apa sahaja untuk negara yang dianggap lawan mereka di Timur Tengah,” ujarnya.

Menurut laporan,sekurang-kurangnya 21 orang terkorban dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan tentera kerajaan di Iran.

Tunjuk perasaan yang bermula Khamis lepas di bandar Mashhad itu pada awalnya berpunca daripada kemarahan terhadap kenaikan harga barang dan rasuah sebelum merebak kepada anti kerajaan.