Biarkan SPRM lakukan kerja mereka, kata Nazri

Biarkan SPRM lakukan kerja mereka, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyarankan agar Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi mendapatkan peguam yang terbaik untuk mengadilinya di mahkamah..

Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, mana-mana pihak sewajarnya tidak perlu campurtangan di atas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendakwa Presiden Umno itu dengan 45 pertuduhan berkaitan rasuah dan salahguna kuasa.

“Biarlah perkara terserbut diselesaikan oleh SPRM tanpa campur tangan sesiapa pun,

“Jika mereka (SPRM) mendakwa seseorang sudah tentu ada bukti yang secukupnya dari segi dokumen, audio atau gambar ke… jadi biarlah mereka lakukan kerja mereka,”katanya di Lobi Parlimeni hari ini.
.
Menurutnya, apabila seseorang itu didakwa sudah pasti SPRM memiliki bukti yang mencukupi untuk membuat pendakwaan kelak.

“SPRM akan mula mendakwa apabila mereka ada bukti kukuh bukan sekadar tuduhan berdasarkan internet,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen baru-baru ini atas 10 tuduhan pecah amanah dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42,083,132.99 dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15.

Mahkamah membenarkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dibebaskan dengan ikat jamin RM2juta dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan semula kes.