Malaysia Dateline

Biasa Selangor, hari ini Perak catat kes baru tertinggi

Terdapat, 1,638 kes baru telah dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menjadikan kumulatif kes baharu setakat ini adalah 349,610 kes, manakala 14,432 kes merupakan kes aktif.

Daripada kes ini, sebanyak 1,631 kes membabitkan kes tempatan manakala tujuh lagi daripada kes import.

167 pesakit masih memerlukan rawatan di ICU di mana 81 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Seramai 3 orang telah disahkan meninggal dunia akibat positif COVID-19 menjadikan kumulatif kes kematian setakta ini adalah 1,286 kes.

Tiga kes kematian ini masing masing melibatkan satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan, dan Sarawak. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara.

Perak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 494 kes (30.2 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 486 kes (98.4 peratus) adalah daripada Kluster Jalan Pelabuhan.

Selain Perak, dua buah negeri lain yang turut melaporkan kes harian baharu yang tinggi adalah Selangor iaitu sebanyak 352 kes (21.5 peratus) dan diikuti oleh Sarawak sebanyak 290 kes (17.7 peratus).