Bida plat kenderaan ‘Malaysia’ dibuka pada Julai

Bida plat kenderaan  ‘Malaysia’ dibuka pada Julai

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka tender untuk nombor pendaftaran kenderaan untuk Malaysia 1 hingga 9999.

Nombor pendaftaran khas edisi terhad ini akan dibuka pada Julai, boleh didapati sempena sambutan Hari Merdeka tahun ini dan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjana pendapatan untuk negara.

“Kami berharap dapat mengutip lebih daripada RM22 juta yang dikumpul oleh JPJ untuk penjualan siri indeks V. Wang itu akan terus masuk ke tabung Kerajaan, “kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada sidang media semalam.

Nombor pendaftaran “V1” dijual dengan harga RM989,780.

Menteri Pengangkuta Anthony Loke berkata, dengan edisi terhad ini kerajaan akan dapat mengutip lebih daripada RM22juta untuk penjualan siri indek ‘V’.

Loke berkata kementerian juga telah menghentikan untuk pendaftaran khas ini diberikan kepada NGO menguruskannya.

Loke berkata para menteri juga perlu membida jika mereka berminat mendapatkan nombor pendaftaran Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata JPJ akan menyimpan plat ‘Malaysia 2020’ untuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah mencipta Wawasan 2020.

“Ia disimpan jika beliau mahu mempunyai nombor itu,” katanya.

Penawaran akan bermula dari 2 Julai hingga 16 Julai dan jumlahnya akan dimaklumkan pada 23 Ogos.

Sementara itu, Loke berkata siri khas untuk negeri akan dilancarkan pada akhir tahun ini manakala nombor pendaftaran kenderaan yang dicadangkan masih dalam peringkat perbincangan.

“Kami mahu mencari cara untuk menyumbang kepada hasil Kerajaan. Sekiranya Kerajaan mempunyai lebih banyak wang, maka kita boleh melaksanakan lebih banyak rancangan seperti mensubsidi bas-bas awam dengan menyediakan pas tidak terhad untuk pengangkutan awam bernilai RM100, “katanya.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote