Malaysia Dateline

Bila ahli keluarga maut satu demi satu, baru menyesal tidak mahu daftar vaksin

Waktu seorang pesakit Covid-15 kategori 5 saya hendak ditidurkan, seperti biasa kami aturkan panggilan video dengan ahli keluarga pesakit.

Penuh skrin telefon enam petak dengan video anak-anak pesakit tersebut. Masing-masing bersungguh beri kata-kata semangat. Makcik tersebut sempat bercakap sebentar dengan cucu minta didoakan. Semput-semput pun dia paksa diri ukir senyuman buat cucu kesayangan.

Kelmarin, waktu kami call nak update perkembangan lanjut makcik, anak-anak beliau sudah tidak mahu bercakap. Terpaksa menantu beliau menjawab panggilan.

Rupa-rupanya anak lelaki dan suami pesakit sudah meninggal dunia di rumah sewaktu dalam kuarantin. Anak lelaki beliau baru umur 25 tahun.

Itulah sebab anak yang lain sudah trauma tidak sanggup terima panggilan dari hospital. Terlalu takut jika kami sampaikan satu lagi berita buruk. Risau dengan bakal nasib sendiri lagi. Menyesal tidak sudah kerana dulu mereka semua tidak mahu daftar vaksin.

Tolonglah jaga mertua saya doktor; pesan menantu beliau.

Itulah senario kami di Unit Rawatan Rapi (ICU) setiap hari. Baru di ICU. Di Jabatan Kecemasan (ED), lebih menyedihkan lagi. Nak cerita pun tidak sanggup dan boleh membawa tindakan tatatertib kepada kami.

Bayangkan sajalah sendiri.

Ambillah vaksin. Patuhilah SOP. Nyawa ahli keluarga bukan perkara ringan.