“Bila aku nak tolong masak, mak mentua cakap jangan semak kat dapur, pastu canang aku pemalas”

Oleh MAISARAH AISYA

Masih ada kes mentua cemburu dengan menantu hanya disebabkan anak memilih untuk lebihkan keluarga sendiri.

Sampai sanggup burukkan menantu di mata saudara sedangkan yang melarang untuk buat apa-apa adalah dia sendiri.

Seorang wanita terkilan dengan sikap mentua yang tidak suka akan dirinya kerana suami memilih untuk beri perhatian lebih pada keluarga sendiri.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.

Aku suami isteri menyewa rumah tak jauh dari keluarga. Suami aku anak kedua akhir daripada tujuh orang beradik. Aku pula anak sulung dan ada anak baru 9 bulan.

Tiap kali balik rumah mertua. Aku mesti akan terasa hati. Bayangkanlah aku nak tolong dia masak mesti mak mentua aku akan cakap tak payah tolong buat semak je kat dapur.

Apa yang aku nak buat dalam rumah dia mesti dia akan kata “tak payah kau jangan nak sibuk buat kerja, rumah aku sempit susah aku nak gerak kalau kau ada.”

Padahal rumah dia tak lah sempit pun dan dia pun badan macam papan je. Eh tapi bila suadara mara datang sibuk canang cakap aku pemalas.

Masa aku mengandung, sikit pun tak pernah tanya khabar aku sampailah aku bersalin sikit pun tak pernah tanya. Padahal tu cucu sulung dia.

Macam tu juga ipar aku, sama je perangai. Apa apa majlis aku buat aqiqah, cukur jambul, kenduri tak pernah sekali pun keluarga suami aku datang.

Keluar mentua jadi macam tu sebab dia tak boleh terima yang suami aku lebihkan aku. Sejak dari bertunang apa apa dia akan lebihkan aku. Sebab tu mereka jadi panas hati.

Tapi aku tak kisah pun malah aku lagi bersyukur dapat suami yang sentiasa dahulukan anak isteri.

Sejahat-jahat aku suami isteri ni, duit bulanan tak pernah culas bagi dekat mereka. Banyak ya bukan sedikit tapi cerita dekat orang lain macam kami tak pernah hulur duit.

Aku ni pendendam tapi malas nak bergaduh. Cara aku senang je nak buat mereka ni panas hati. Aku selalu update status whatsapp berjalan sana sini biar mereka panas hati.

Aku update whatsapp tapi hide daripada semua orang kecuali keluarga dia je boleh tengok. Tak lama mesti diorang update status cakap aku kaki kikis duit suamilah apa lah.

Dah suami aku suka hati akulah nak kikis hahaha kang aku kikis duit dia merana pula. Tapi tu lah, aku bersyukur dapat keluarga aku yang memahami.

Mak aku sendiri yang nak jaga anak aku. Aku cuti kerja aku jaga anak aku sendiri mesti mak aku datang rumah sebab rindu anak aku padahal tak jumpa satu hari je.

Suami aku pun berkali-kali cakap dia lebih selesa dengan keluarga aku dan saudara mara aku. Mana taknya kadang mak aku suap makan aku pun dia suap dengan suami aku pun kena suap.

Tapi aku tak pernah benci pun keluarga laki aku cuma geram je. Sekarang aku pun jarang balik rumah dia. Balik pun sesekali je.

Anak aku kalau balik rumah atok dia pun dia tak nak dengan mereka sangat sebab dia tak rapat mcam dengan keluarga aku.

Baca juga: Wanita terluka suami bersikap pilih kasih, utamakan kucing peliharaan dari isteri sendiri