Inilah pentingnya untuk kenal pasangan sebetulnya sebelum beralih ke fasa kedua hubungan, bimbang tanpa sengaja jadi penyondol.
Selepas setahun menjalinkan hubungan, seorang wanita, Melati (bukan nama sebenar) akui terkejut apabila mengetahui kekasih hati sebenarnya suami orang.
Di bawah adalah luahan tersebut.
Aku Melati, maish bujang dan umur lewat dalam 30an. Berkerjaya bagus alhamdulillah.
Punya kawan-kawan yang supportive, keluarga yang penyayang, badan sihat. Nikmat apa lagi yang nak didustakan? Aku bersyukur sangat.
Tapi, aku sunyi. Aku nak pasangan tapi sudah dua kali putus tunang atas alasan tak sekufu. Dua-dua kami berpisah secara baik. Tiada dendam.
Keluarga semua hati terbuka terima takdir yang telah ditentukan. Tapi aku? Aku tak tahu aku dah betul-betul sembuh daripada trauma tu.
Kadang aku fikir, adakah Tuhan nak selamatkan dia dari aku, atau nak selamatkan aku dari dia.
Aku tahu aku banyak dosa, aku punya zaman gelap, pernah jadi punca retaknya rumahtangga orang, tapi aku sedar khilaf aku, aku bertaubat.
Aku ada kenal sorang laki dekat dating apps. Punyalah hampir setahun kenal, baru aku tahu dia tu suami orang.
Patutlah, malam je diam, tak balas mesej, tak pernah call, dating malam je, siang tak free, bila ajak date dekat public dia tak nak.
Katanya malu nanti kawan-kawan dia nampak pastu ejek dia. Masa tu rasa macam lain dah ni, ada ciri-ciri suami orang tapi dia minta aku percayakan dia.
Selalu mention yang laki ni hargai satu benda dekat sorang pompuan iaitu kepercayaan. Aku pon iyakan sahaja.
Pernah terlanjur sekali
Tapi dalam hati penuh curiga. Dalam pada kami rapat tu, kami pernah terlanjur tapi sekali je dan lepastu kami menyesal and tak buat lagi.
Lama kelamaan, dia minta lagi untuk dipuaskan nafsu dia. Aku tolak, aku selalu ingatkan dia yang apa yang kami buat ni salah.
Sampailah satu masa tu, aku doa supaya Tuhan tunjukan siapa dia yang sebenarnya. Ya akhirnya!
Baru tahu dia suami orang
Ada bukti dia tu suami orang. Aku tak tunggu, terus dm isteri dia and bagitahu hal sebenar. Isteri dia kecewa sangat walaupun dah berkali dicurangi.
Tapi kali ini lain sebab kami dah sampai terlanjur. Aku bagi semua bukti pada isteri dia. Menggigil isteri dia masa tu.
Isteri dia kata bukan aku sorang yang pernah dm dia pasal kecurangan laki dia tu. Aku macam terkejut asal tenang sangta.
Tapi tak tahulah, luaran nampak ok, dalaman kita tak tahu. Sebab sebelum aku, laki dia aktif layan perempuan dekat dating apps je, dengan aku yang baru jumpa face to face.
Sampai sekarang masih bersama atas faktor anak, katanya suami dia kuat nafsu dan yang jadi mangsanya adalah aku.
Aku bersungguh minta maaf dekat isteri dia, bagitahu yang aku tak tahu dia tu suami orang sebab dia mengaku single dari awal kenal.
Laki tu contact aku supaya jangan leak pasal keterlanjuran kami sebab dia tak nak keruhkan lagi keadaan. Aku kisah apa.
Aku bongkar je semua. Tapi aku kesian dekat isteri dia. Laki tu tak ada apa pun, kereta pun isteri punya, saving semua isteri pegang, rumah bayar share.
Sampai sekarang aku menyesal sebab terpedaya dengan nafsu dia, rasa takut nak kahwin sebab bimbang hal sama akan berlaku dekat aku.
Baca juga: Kecewa dicurangi Aliff Aziz, kekasih gelap dedah rancangan Ruhainies jatuhkan Bella