Malaysia Dateline

Bila anak tempatan bersaing dengan pekerja Bangladesh

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak sedang menjadi bahan ketawa netizen.

Baru-baru ini tular gambar dan berita, Alias Razak, menyempurnakan acara penghantaran asmi satu bas sekumpulan penduduk tempatan untuk bekerja di sebuah kilang elektronik di Selangor.

Semasa PRU-14, Pas Trengganu dalam manifestonya mencanang tawaran akan mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan jika menerajui kerajaan.

Bijak betul cara perlaksanaan janji manifesto dan sekaligus menyelesaikan isu pengangguran di negeri tersebut.

Jelas, anak-anak tempatan Trengganu tidak lama lagi akan bersaing-sengit dengan pekerja asing Bangladesh untuk kerja kilang.

Sepatutnya Pas yang sekarang menerajui kerajaan Terengganu mencari jalan membawa pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan di negeri Terengganu dan bukannya menjadi ‘pengekspot’ tenaga kerja, bersaing dengan pekerja warga asing Bangladesh, Indonesia dan Vietnam.

Mungkin selepas ini, kerajaan Pas Trengganu boleh juga menghantar anak-anak tempatan bekerja di sektor perladangan yang pada masa ini megalami kekurangan buruh warga asing.

Dapatlah, kerajaan Pas Trengganu bermegah bahawa manifesto mewujudkan peluang pekerjaan seperti yang dijanjikan telah terlaksana dan tercapai.