Malaysia Dateline

Bila graduan jual nasi lemak, pandu uber disalahtafsir

Jika kita lihat beberapa individu yang mengkritik kenyataan Tun Mahathir Mohamad berhubung isu graduan yang berniaga nasi lemak dan memandu Uber untuk menyara hidup, ini hanyalah mencari publisiti murahan.

Kenyataan Tun Mahathir bersifat positif demi masa depan negara di mata kami Pemuda PPBM Negeri Sembilan.

Jika dilihat graduan di negara kita tidak mempunyai peluang pekerjaan yang sesuai sehingga perlu membuat kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

Ini perlu diteliti dasar kerajaan adakah peluang pekerjaan yang berkemahiran tinggi banyak ditawarkan di negara kita.

Bagi saya hanya perkerjaan yang berkemahiran sederhana dan rendah antara banyak yang ditawarkan.Adakah ini perkembangan yang sihat untuk negara kita.

Jika dilihat dari satu aspek seorang graduan berkelulusan tinggi dengan peluang pekerjaan yang terhad terpaksa menerima kerja di bawah tahap kelulusan mereka dan pendapatan yang diterima sedikit dengan itu kerja sampingan seperti menjual nasi lemak dan memandu Uber perlu dilakukan sebagai salah satu usaha menambah pendapatan tetapi adakah apa yang dipelajari dan ilmu yang ada pada mereka dapat membantu negara kearah yang lebih baik dan membanggakan di negara kita.

Mengapakah perkara ini berlaku? Jika kita teliti jumlah pengangguran negara pada Disember 2017 sebanyak 512,200 bersamaan 3.5% graduan terpaksa memilih perkerjaan di bawah tahap kelulusan dan melakukukan kerja sampingan kerana Dasar Ekonomi negara kita sendiri.

Jika dasar dapat di ubah kearah yang lebih baik yang menguntungkan negara graduan tidak perlu membuat kerja sampingan seperti menjual nasi lemak dan memandu Uber.

Jadi saya merasakan kritikan individu-individu ini bersifat politik murahan tanpa meneliti dan memahami apa yang ingin disampaikan oleh Tun Mahathir.

*Penulis Megat Muhammad Faris adalah Exco Pemuda PPBM Negeri Sembilan