“Bila kamu mahu berhenti?” soal Hanipa dalam sajaknya

“Bila kamu mahu berhenti?” soal Hanipa dalam sajaknya

Pelbagai medium digunakan pemimpin Pakatan Harapan bagi meluahkan perasaan jengkel terhadap kepincangan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pelbagai medium digunakan pemimpin Pakatan Harapan bagi meluahkan perasaan jengkel terhadap kepincangan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah, Hanipa Maidin mengarang sajak untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap perkembangan terkini yang melanda negara.

Sajak Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang itu diberi tajuk “Bila kamu mahu berhenti”:

Bila kamu mahu berhenti
rakyat dah tak tahan lagi
ikat perut dan makan maggie

Bila kamu mahu berhenti
rakyat dah mula makan sekali sehari
bukan berdiet tapi dapur dah tak berisi

Bila kamu mahu berhenti
rakyat merana kamu tarik subsidi
kamu tindas pula dengan GST

Bila kamu mahu berhenti
akta-akta drakonian di sana sini
bunuh demokrasi, hidupkan kuku besi

Bila kamu mahu berhenti
kamu lihatlah keadaan ekonomi
pekerja Petronas dah nak kena berhenti

Bila kamu mahu berhenti,
MH370 masih misteri, Mas pula rugi
tiada seorang pun yang diadili

Bila kamu mahu berhenti
matawang negara takda nilai lagi
semuanya angkara kamu dan 1MDB

Bila kamu mahu berhenti
takkan tak cukup lagi
dah dapat 2.6b dari Arab Saudi

Bila kamu mahu berhenti
WSJ serang kamu bertubi tubi
sampai sekarang kamu tak saman lagi.

Bila kamu mahu berhenti
kamu buang Mahyudin dan Gani
kini kamu “kawan” dengan Apandi

Bila kamu mahu berhenti
nama kamu busuk di luar negeri
nama Malaysia pun kamu heret sekali

Bila kamu mahu berhenti
kamu tolehlah kanan dan kiri
lihat apa dah jadi pada Malaysia kini

Bila kamu mahu berhenti
kamu memang kuat berjanji
tapi banyak yang kamu mungkiri.

Bila kamu mahu berhenti
jawatan PM perlu kredibiliti dan integriti
hiduplah bermaruah walau sehari

Bila kamu mahu berhenti
takkan kamu langsung tak ada harga diri
melihat dirimu terus dinista dan dicaci

Bila kamu mahu berhenti
sampai bila ingin hidup begini
susahkan rakyat, senangkan isteri

Bila kamu mahu berhenti
janganlah jadi macam IMDB
disumpah, dimaki hari hari

Bila kamu mahu berhenti
Tun M pun tak sokong kamu lagi
Dia nak lawan kamu sampai mati

Bila kamu mahu berhenti
rakyat idamkan PM seperti Jokowi
protokol letak tepi, rakyat dalam hati

Bila kamu mahu berhenti
adakah kamu ada sumber inspirasi
dari penasihat yang baru dikenali

Nak tanya sungguh ni
Bilalah kamu nak berhenti?

Nukilan:

Mohamed Hanipa Maidin
Ahli Parlimen Sepang
2.3.2016

TAGS