Malaysia Dateline

“Bila kau sibuk tengok Piala Dunia tak ingat periksa”, pening cikgu lihat gelagat pelajar teka jawapan guna pemadam

Gelagat lucu seorang murid yang meneka jawapan dengan cara membaling pemadam ketika menjawab soalan peperiksaan membuatkan ramai terhibur.

Menerusi video yang dikongsikan seorang guru di TikTok, dia turut bingung melihat gelagat anak muridnya itu yang selamba menjawab soalan dengan cara begitu.

Pelajar itu juga membuatkan ramai gelak besar apabila membuat gaya menepuk dahi selepas melihat halaman seterusnya masih banyak lagi soalan belum dijawab.

“Bila semalam sibuk tengok Piala Dunia, tetapi lupa ada peperiksaan. Bukan main ya baling pemadam untuk teka jawapan. Jangan risau, kertas subjek Matematik saya dulu pun macam ini juga,โ€ tulis @im_chowok dalam kapsyen di video.

“Ya Allah budak ini ya Allah..matilah akuโ€ฆ,” seloroh guru itu lagi.

Guru berkenaan memberitahu, pelajarnya itu memang sedikit hyper namun tetap terhibur dengan tingkah lakunya.

Sehingga kini, video yang dimuat naik itu telah mendapat lebih 1.6 juta tontonan, 139,300 tanda suka dan lebih 5,000 perkongsian.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memahami dilema ketika peperiksaan yang dialami murid itu selain turut mengaitkan dengan pengalaman mereka sewaktu bersekolah dahulu.

“Aku pernah macam ini.. baling pemadam, tapi tunjuk B. Tapi aku tetap pilih jawapan C,” komen pengguna TikTok.

“Ada juga perangai macam ini hahahaha terima kasih adik sebab kau ingatkan aku balik kenangan macam ini,” komen netizen yang lain.

“Comel terukโ€ฆ dia punya terkejut tengok soalan tu tak bleh blah,” komen yang lain pula.

Baca juga: Rupanya hampir 500 buruh asing maut sepanjang persiapan projek Piala Dunia Qatar

Baca juga: Pele dikejarkan ke hospital, keadaan kesihatan legenda bola sepak Brazil itu dilapor merosot