Malaysia Dateline

Bila Mahathir kata, “Even angels make mistakes”

Bila Mahathir kata,
“Even angels make mistakes”,

Pihak media terjemahkan bulat²,
“Sedangkan malaikat pun buat silap”.

Yang lain pun percaya, terus keluarkan bermacam pendapat membidas.

Abang ni bukanlah peminat Mahathir tapi abang nak jelaskan dari sudut tatabahasa.

“Even angels make mistakes” tu adalah English idiom. Bermaksud, “Kadangkala orang yang kita anggap paling sempurna pun melakukan kesalahan”.

English idioms atau terms tak boleh diterjemahkan bulat² atau secara terus.

Contohnya, korang support kelab Man United.
Man U dikenali sebagai The Red Devils. So, adakah  disamakan atau dimaksudkan sebagai penyokong kelab syaitan-syaitan merah?

Contoh lain,  bercinta, kadang-kadang ada juga yang meluahkan kepada pasangan “Oh you are my angel, baby”. So, adakah pasangan anda itu adalah malaikat atau anda bercinta dengan seorang malaikat?

Kalau kawan-kawan tanya keadaan abang masa abang tak sihat, abang akan jawab, “Under the weather”. Bukanlah maksudnya abang berada di bawah cuaca. Tetapi maksudnya abang sedang sakit, tak sihat.

Contoh paling mudah, bila orang tanya, “Kau yakin boleh buat semua tu?”

Jawapan di dalam bentuk English idiom adalah “It’s a piece of cake”. Bermaksud, ianya mudah.

Sebab itu pentingnya english education.

Satu lagi contoh,

Hardware = barang keras

Software = barang lembut

Joystick = batang gembira

Plug and Play = cucuk dan main

Port = lubang

Server= pelayan

Client= pelanggan

Jika dibuat ayat,

“That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client”.

Jika diterjemahkan bulat-bulat  ke dalam bahasa Melayu,

“Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan”.

Logik tak?

Tidak salah untuk membidas tetapi biarlah dengan cakupan ilmu yang betul dan tepat. Kerana jika kita membidas mengikut orang tanpa faham apa yang kita bidas, kita akan ternampak lebih dangkal dan jahil.

Credit to my English Teacher : Sir Keyser Söze