Malaysia Dateline

Bila peperiksaan dihapuskan, cikgu je yang tahu bagaimana sesetengah murid hilang hala tuju

Benar, murid lebih seronok belajar tanpa peperiksaan tambah lagi dengan pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Atas kertas begitulah nampaknya.

Tetapi hakikatnya, guru-guru sekolah sahaja yang tahu bagaimana ia membuatkan sesetengah murid hilang punca dan tiada hala tuju.

Mereka sama sekali tidak nampak kenapa mereka perlu belajar.

Seperti yang dikongsikan seorang guru dikenali sebagai Akmal, dia memberitahu hakikat sebenar bagaimana kelakuan pelajar akan mula berubah selepas tiada peperiksaan-peperiksaan penting seperti UPSR.

Dia melihat apabila pelajar terlalu mendapat kebebasan, mereka akan bertindak naik tocang.

Pelajar lebih sibuk mahu qbercinta daripada belajar, tidak menghormati guru, dan merayau sana sini pada waktu kelas

“Sampailah satu tahap, boleh keluar masuk kelas tanpa rasa bersalah sedangkan ada guru di dalam kelas, mengajar.

“Aku sebenarnya mula muak dengan sistem pendidikan kita sejak beberapa tahun kebelakangan ni.

“Sejak entah malaun mana orang atasan punya idea yang bagitahu supaya kejayaan murid tak boleh dirai. Takut murid lain kecil hati.

“Sibuk nak jaga yang tak berjaya, dalam tak sedar kita tak letak hak untuk dihargai pada murid cemerlang,” tulisnya dalam satu penulisan yang dikongsi semula di laman Facebook Teacher Collection.

Dia juga sempat berkata, jika begitu, pada hari sukan sekolah nanti tidak perlu kalungkan pingat pada mereka yang memenangi pertandingan.

Takut pula ada murid yang gemuk kecil hati kerana lari perlahan, katanya.

“Boleh macam tu? Bukan ke dalam Islam pun ada cerita syurga untuk motivasi dan kisah neraka untuk digeruni?,” tambahnya lagi

Baca juga: Boleh ke dedah slip gaji di tempat lama jika diminta syarikat baru? Ia sulit tapi wanita ini kata untuk elak pekerja tipu gaji