Bila pula saya kata ‘Tun mesti letak jawatan’, bidas Khalid kepada FMT
Khalid kesal FMT telah memutarbelitkan kenyataannya seolah-olah beliau mendesak Tun Mahathir meletakkan jawatan. Padahal beliau berkata Tun meletakkan jawatan dan dilantik sebagai PM interim.

Bila pula saya kata ‘Tun mesti letak jawatan’, bidas Khalid kepada FMT

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad kesal dengan laporan FMT hari ini yang mendakwa beliau mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

“Bukan saya desak Tun letak jawatan… dia letak jawatan,” kata Khalid dalam satu kenyataannya kepada Malaysia Dateline.

FMT hari ini melalui tajuk “Khalid presses on, tells Dr M to make way for Anwar” (Khalid bertegas, beritahu Dr M bagi laluan kepada Anwar) melaporkan “Tun mesti letak jawatan”

“Tun must resign. Be the interim prime minister. Give chance to DSAI (Anwar) to become the 8th PM,” tulis FMT dalam laporannya hari ini.

“Bila pula saya kata begitu? Saya kata, Tun telah meletakkan jawatan. Menjadi Perdana Menteri Interim,” kata Khalid kepada Malaysia Dateline.

Tweet yang dibuat oleh Khalid yang diputar belit oleh FMT.