Imej Islam tercemar bila yang digelar ulama buat fitnah, kata Mat Sabu

Imej Islam tercemar bila yang digelar ulama buat fitnah, kata Mat Sabu

Menjawab soalan siapa sebenarnya ulama, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu bimbang dengan kemunculan mereka yang digelar ulama tetapi berbohong dan membuat fitnah ketika mengajar di masjid menyebabkan imej Islam tercalar.

Menjawab soalan siapa sebenarnya ulama, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu bimbang dengan kemunculan mereka yang digelar ulama tetapi berbohong dan membuat fitnah ketika mengajar di masjid menyebabkan imej Islam tercalar.

“Mereka hina bapa saya dengan kata-kata keji tapi saya maafkan, tapi bila direka cerita bohong seperti di Pulau Pinang azan tidak dibenarkan sejak DAP berkuasa, perkara ini tentu menimbulkan persoalan kepada orang bukan Islam tentang mereka yang digelar ulama oleh orang Islam,” katanya di majlis raya perantau dan dialog Adilfitri Amanah di Kota Bharu malam tadi.

Beliau mengimbau kembali konsep ‘kepimpinan ulama’ yang digerakkan Dewan Pemuda Pas pada masa itu.

“Saya bersama rakan-rakan pemuda yang diketuai Datuk Mustafa Ali mengadakan muktamar pada tahun 1982 mengusulkan konsep ini supaya mengubah parti Pas supaya jelas halatuju perjuangannya,” katanya.

Orang ramai tidak berganjak hingga majlis berakhir untuk mendengar jawapan pimpinan Amanah.

Menurut beliau semua yang terlibat dari awal memahami kerjasama antara ulama dan aktivis Islam menyebabkan semua pihak saling hormat menghormati peranan masing-masing.

“Sebab itu yang ulamak umur 35 tahun ke atas tu kalau dia nak kata kat Abang Mat pun tidaklah kata dengan perkataan buruk kerana mereka tahu apa kita buat dulu.

“Tapi datang yang muda-muda bawah 35 tahun yang tak tahu hujung pangkal keluar perkataan macam-macam sampai kita hairan Islam dari mana yang mereka belajar,” katanya.

Majlis yang dikendalikan pemuda Amanah Kelantan malam tadi menarik lebih 2,000 pengunjung yang berebut-berebut bertanya soalan kepada pemimpin Amanah Kelantan dan pusat.

Turut hadir bekas artis, Abby Abady dan Adun Salor Datuk Husam Musa.

TAGS