Malaysia Dateline

Bila YB menteri masih cakap macam mufti

1. Bila Menteri Agama Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT mandat rakyat minta rakyat bergantung kepada keyakinan diri sendiri untuk makan daging import nampaknya ianya ada kesan lah.

2. Rakyat yang beragama Islam makin curiga nak beli daging import sebab tak ada keyakinan diri untuk makan daging import walaupun, secara relatif, harga daging import yang beku jauh lebih murah dan “affordable” . Tqvm YB Menteri Agama kerana walaupun YB dah jadi Menteri,YB masih bercakap macam seorang Mufti.

3. Bila YB Menteri Agama cakap macam seorang Mufti, kesannya rakyat curiga nak beli daging import.Tapi yang YB Menteri Agama mungkin tak sedar bila beliau bercakap macam Mufti dan orang mula tak beli daging, pasaraya yang jual daging import pula kini yang tanggung derita kerana penjualan daging import terkesan teruk kerana penjualan daging import turun mendadak…dan ini telah jejaskan keuntungan pengusaha pasararaya sekaligus boleh jejaskan penggajian para pekerja mereka di pasaraya tu pula.

Ia seterusnya akan berpotensi pula menjejaskan pekerjaan dan jika ini berlaku akan susahkan banyak pihak -rakyat dan Kerajaan sekaligus-.

Nampak tak YB Menteri, orang kata, kesan yang dipanggil “spill over” hanya kerana kenyataan YB yang bercakap bukan macam seorang Menteri dalam Kerajaan tapi macam seorang Mufti sedang bagi tazkirah kat surau!

Sebab tu YB dari awal ramai orang kecewa YB, maaf kata, “menggatal” terima jawatan Menteri tu apatah lagi jadi Menteri di dalam Gomen Tebuk Atap.

Maaf, you have unnecessarily ruined your image and reputation and in turn dowgraded your integrity!

La ni YB lihat.. habis semua lintang pukang.