Bilal terlupa selawat solat terawih, habis satu baris tahan gelak

Oleh KIM SYAZIE

Biasalah bila usia sudah menginjak, kadangkala kita akan menjadi terlupa walaupun sudah melakukan benda sama setiap hari.

Seorang bilal tular di TikTok selepas satu video dimuat naik menunjukkan dirinya terlupa selawat solat terawih, hingga terpaksa mengulang beberapa kali.

Sudahlah terlupa, diketawakan oleh orang sekeliling sehingga dirinya sendiri tidak tahan mahu ketawa juga.

“MasyaAllah. Detik-detik jamaah tetawa mendengar bilal,” tulis kapsyen video dimuat naik pengguna TikTok @jagoanmama_.

Netizen juga terhibur melihat reaksi jemaah dibelakang yang menahan ketawa sehingga bergegar badan.

“Masa ni jangan buat eye contact dengan sesiapa pun, kalau tak habis kau sampai kesudah tak berhenti gegor badan tu,” komen pengguna TikTok.

“Imam sendiri ambil masa untuk gelak sebelum sembahyang,” tambah pengguna lain.

Baca juga: Rancak sangat main golf sampai tak sedar terhayun kayu kena kepala member