Malaysia Dateline

Bilangan pesakit dibenar keluar wad atasi kes baharu

Kementerian Kesihatan (KKM) memberitahu bilangan kes yang dibenarkan keluar dari wad hari ini melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata seramai 121 kes yang telah sembuh dan dibenarkan discaj hari ini manakala terdapat 109 kes baharu dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Menurutnya, jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj dari wad sebanyak 1,608 kes iaitu 38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Jelasnya, jumlah kes positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 4,228 kes.

Sehingga kini, terdapat 43 daripada 72 kes positif pandemik itu yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya hari ini.