Bilik transformer Planetarian Melaka terbakar

Bilik transformer Planetarian Melaka terbakar

Asap tebal dapat di lihat dari jauh berikutan kebakaran berlaku awal pagi tadi. Foto: Ihsan pembaca Utusanonline.

Bilik transformer yang terletak di luar Kompleks Planetarium Melaka, Ayer Keroh  musnah dalam satu kebakaran tengah hari tadi.

Pegawai Perhubungan Bomba Melaka, Penguasa Kanan Bomba, Hafidzatullah Rashid yang dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Kebakaran tersebut telah menyebabkan bilik transformer planetarium yang terletak di luar kompleks Planetarium Melaka musnah 100 peratus,” katanya.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan pada pukul 11.46 pagi tadi dan jentera dengan 23 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, BBP Bukit Katil dan BBP Jalan Kubu bergegas ke lokasi kebakaran.

“Operasi memadam kebakaran masih dilakukan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya.