Malaysia Dateline

Bill Gates ingatkan pentingnya banyak dana inovasi cipta benih ajaib kebal perubahan iklim

Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates menegaskan pentingnya benih ajaib dicipta yang memerlukan pelaburan besar supaya kebal daripada perubahan iklim dan tahan serangan perosak pertanian.

Bekas lelaki terkaya di dunia itu menegaskan bahawa krisis kebuluran dunia sangat besar sehingga bantuan makanan tidak dapat sepenuhnya menangani masalah tersebut.

Gates sebelum ini umum diketahui telah meramalkan impak pandemik Covid-19 sejak lima tahun sebelum wabak itu mengganas.

Beliau juga berpendirian bahawa perubahan iklim bukan kerana asap kenderaan sebaliknya akibat pembangunan gedung.

Menerusi laporan tahunan Goalkeepers Report terbaharu daripada Yayasan Bill & Melinda Gates, beliau berpendapat inovasi dalam teknologi pertanian amat diperlukan bagi membantu memulihkan krisis tersebut.

Untuk rekod, Yayasan Bill & Melinda Gates ialah yayasan swasta terbesar di dunia dan terkenal dengan kerja-kerjanya dalam kesihatan global termasuk vaksin.

Individu yang pernah dilapor memiliki kekayaan AS$110 bilion (RM457 bilion) itu juga menunjukkan kejayaan yayasannya mencipta benih ajaib termasuk jagung yang tahan terhadap iklim lebih panas dan kering.

Ujarnya, inovasi benih ajaib melibatkan padi pula memerlukan masa kira-kira tiga minggu untuk mendapatkan hasilnya dengan produktiviti pertanian meningkat walaupun iklim berubah, katanya.

Bagaimanapun, lapor Agensi dipetik Sinar Harian, Gates mendakwa dana penyelidikan dan pembangunan untuk inovasi baharu seperti biji benih ajaib itu masih terlalu kurang berbanding perbelanjaan untuk bantuan makanan.

Baca juga Apa persediaan Malaysia hadapi jangkaan kemarau melampau 2025?

Baca juga Bangunan asrama tahfiz terbakar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan