Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Bina apartmen 32 tingkat beri kesan kepada penduduk Jalan Abdullah Bangsar

Bina apartmen 32 tingkat beri kesan kepada penduduk Jalan Abdullah Bangsar

AKMAL MANAF FOTO SYAFIQ ISKANDARFebruary 18, 2020 3:25 pm




Naib Pengerusi Selamatkan Kuala Lumpur (SKL), Datuk M Ali bersama sejumlah penduduk Jalan Abdullah Bangsar, hari ini menyuarakan kebimbangan mereka terhadap satu projek pembangunan apartmen 32 tingkat.

Pelan perancangan projek apartmen 32 tingkat itu merangkumi 179 unit apartmen perkhidmatan termasuk lapan tingkat parkir kereta yang mengandungi 283 lot parkir.

Datuk M Ali

Susulan perancangan untuk menjalankan projek tersebut, M Ali berkata, rumah penduduk berusia lebih 70 tahun, yang terletak bersebelahan dengan tapak projek dirancang itu tidak mampu menahan kerja-kerja cerucuk berat.

“Rumah penduduk yang tidak mempunyai rusuk bumbung konkrit dilihat tidak akan mampu menahan kerja cerucuk berat ketika pembinaan dijalankan.

“Secara kebetulan, penduduk mengetahui tentang pembinaan yang dicadangkan ini. Apabila ditanya, pihak berkuasa memberitahu bahawa ianya terletak di bawah zon ‘baharu’.

“Zon ‘baharu’ itu yang memintas keperluan untuk memasang papan tanda bagi memberitahu pemilik kejiranan tentang pembangunan berkenaan.

“Ini telah menyebabkan kebimbangan dalam kalangan penduduk yang menetap lama di situ kerana sekarang mereka takut bahawa mungkin terdapat perkembangan berskala besar di kawasan yang diluluskan tanpa pengetahuan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berkaitan isu berkenaan yang diadakan di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, hari ini.

Difahamkan, cadangan untuk membina 32 tingkat apartmen di Lot 44, 45 dan 46 telah dihantar pada November tahun lalu.

Projek 32 tingkat apartmen itu akan dibina di sekitar Jalan Abdullah yang merangkumi Lorong Abdullah, Lengkok Abdullah dan Jalan Kemuja iaitu bersebelahan Kompleks Institut Kesihatan Umum Malaysia (IKUM), yang berhampiran Bukit Persekutuan.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production