Bina hotel RM24 juta sebelah masjid dilapor kepada SPRM

Bina hotel RM24 juta sebelah masjid dilapor kepada SPRM

 

Pembinaan sebuah kompleks hotel yang menelan kos RM24 juta bersebelahan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Brang, Terengganu hari ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pembinaan sebuah kompleks hotel yang menelan kos RM24 juta bersebelahan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Brang, Terengganu hari ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Laporan dibuat Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dengan disertai ahli parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

“Saya difahamkan urusan pelaksanaan itu melibatkan beberapa ahli politik tempatan yang berkemungkinan berlakunya penyelewengan perolehan dan melanggar Akta Pencegahan Rasuah 2009,” kata Syed Azman dalam satu kenyataannya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM Kuala Terengganu.

Menurut beliau, tindak tanduk pihak yang terlibat dalam melaksanakan projek ini amat meragukan sehingga menimbulkan persoalan.

Antaranya, siapakah kontraktor yang dianugerahkan projek itu, apakah telah berlakunya pelanggaran prosedur, dari manakah sumber dan apakah projek ini telah mendapat kelulusan bertulis dari Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Dalam kenyataan itu juga, Syed Azman meminta penjelasan dari kerajaan negeri Terengganu kenapa projek itu dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak lengkap.

Beliau juga bertanya, dari manakah sumber kewangannya.

“Adakah ia dari wang zakat yang diselenggarakan oleh Majlis Agama Terengganu (Maidam) atau dari pihak lain,” tanya beliau.

Beliau juga ingin tahu apakah kajian kawajaran projek dibuat sebelum ia dilaksanakan.

Ini kerana kajian ini perlu untuk memastikan ia berdaya maju dan tempoh mendapat pulangan balik.

“Selain itu, kajian ini perlu dilakukan bagi mengelakkan pelaburan wang zakat ke atas projek pembinaan hotel ini mengalami kerugian.

“Ini akan menjadikan ketirisan wang kerajaan lebih-leb ih lagi sekiranya ia dari wang zakat golongan asnaf,” katanya.

Beliau juga bertanya, apakah ini projek peribadi individu atau Maidam dan pihak lain dalam kerajaan negeri.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta Menteri Besar Terengganu menangguhkan projek ini sehingga satu kajian yang lebih mendalam dapat dijalankan oleh semua pihak berkaitan.

TAGS