Bina keyakinan pengundi Melayu, seru Presiden Amanah

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyeru supaya aspek keyakinan pengundi Melayu diberi keutamaan pada ketika mereka sudah sedia maklum tentang kepincangan pentadbiran Najib Razak.

Bina keyakinan pengundi Melayu, seru Presiden Amanah

Mohamad Sabu seru aspek keyakinan pengundi diberikan keutamaan.-Foto Malaysia Dateline Wan Zahari Wan Salleh.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyeru supaya aspek keyakinan pengundi Melayu diberi keutamaan pada ketika mereka sudah sedia maklum tentang kepincangan pentadbiran Najib Razak.

“Semua orang tahu Najib jahat tetapi persoalannya keyakinan orang Melayu tentang perubahan kerajaan.

“Kalau kita tak dapat bina keyakinan pengundi Melayu, (akan berterusan) persepsi apa jadi pada Melayu kalau BN jatuh,” ujarnya dalam Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata, isu keyakinan pengundi Melayu untuk menjatuhkan Umno-BN turut dapat dilihat pada PRU13 lalu walaupun Buku Jingga membentangkan pelbagai tawaran menarik jika pembangkang mengambil alih Putrajaya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak saling membantu dalam memberi keyakinan kepada pengundi Melayu untuk menggulingkan Umno-BN.

“Rakan-rakan DAP juga kena membantu. Persepsi ketuanan Melayu dibina Mahathir cukup lama.

“Nak ubah persepsi Melayu terhadap pemerintah. Kita kena kerja penyatuan termasuk NGO.

“Saya nampak keyakinan Melayu itu kalau berlaku perubahan,” katanya.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu pada masa sama turut mengingatkan tentang pelbagai cabaran pada PRU14.

“Najib ada lebih RM5 bilion. Kalau belanja RM 200 juta di satu-satu Parlimen, saya bimbang sebab Najib dan Rosmah terlalu banyak duit untuk dilebur.

“Kita juga mesti hati-hati dengan kemaraan pelabur China nanti dituduh anti Cina,” ujarnya lagi.